Netflix Playground

2.69K ulasan
Rating kandungan
Semua orang
1J+
Muat turun
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal permainan ini

KEAHLIAN NETFLIX DIPERLUKAN. AKSES TANPA IKLAN & TANPA HAD UNTUK AHLI NETFLIX.

Terokai dunia yang mengalu-alukan permainan kanak-kanak, pembelajaran yang menyeronokkan dan detik ajaib untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang berada di bangku prasekolah dan tadika boleh bermain, belajar dan mencipta bersama watak daripada KPop Demon Hunters, Gabby's Dollhouse, PAW Patrol, Peppa Pig, Sesame Street, Blippi, Numberblocks dan banyak lagi!

Selamat datang ke Netflix Playground, pusat untuk permainan yang menampilkan koleksi berwarna-warni yang dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan, beraneka dan mesra kanak-kanak. Bayi dan kanak-kanak boleh menerokai permainan pembelajaran yang memperkenalkan nombor, huruf dan bentuk, menjadi kreatif dengan aktiviti mewarna dan melukis, menyelesaikan teka-teki, bermain permainan memori dan banyak lagi. Terokai dunia Gabby's Dollhouse, nikmati muzik KPop Demon Hunters, berlatih nombor dan huruf bersama PAW Patrol, sertai Blippi untuk pembelajaran dan penemuan yang menyeronokkan atau belajar tentang nombor bersama Numberblocks — antara pelbagai kemungkinan lain.

Semuanya termasuk dalam keahlian Netflix anda, tiada iklan dalam permainan atau caj tambahan. Anak anda boleh bebas bermain tanpa perlu berasa risau. Ini hanyalah beberapa permainan yang boleh ditemui di Netflix Playground sekarang. Terdapat banyak lagi untuk diterokai dan pelbagai permainan kanak-kanak baharu yang akan datang!

• PAW PATROL ACADEMY •

Belajar dengan seronok bersama Marshall, Skye, Chase dan anak anjing Patrol lain. Berlatih nombor, huruf, bentuk dan mewarna.

• MY VERY HUNGRY CATERPILLAR •

Hiburkan beluncas yang kian membesar dengan buah dan hiburan dalam permainan ini berdasarkan buku tercinta untuk kanak-kanak.

• PJ MASKS •

Berlumba di jalan dan menuju ke atas bumbung untuk membantu Gekko, Owlette dan Catboy menegakkan keadilan!

• KPOP DEMON HUNTERS: READY, SET, SHINE! •

Bantu HUNTR/X menjadi bintang di setiap rancangan! Sertai perjalanan ini sambil mereka berhias-hias, menaikkan semangat dan membuat persembahan di pentas.

• GABBY'S DOLLHOUSE •

Hiasi Gabby dan rakan kucing comel dengan pakaian warna-warni serta cuba pemadanan memori dan aktiviti pembelajaran lain.

• SESAME STREET •

Lepak dengan Elmo, Big Bird, Cookie Monster, Oscar dan pelbagai rakan lain yang dicintai. Berlatih padanan dengan kad memori atau koordinasi dengan sambungkan titik.

• PLAYTIME WITH PEPPA PIG •

Sertai dunia Peppa dengan koleksi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Jaga tikus belanda, pandu bas, buat smoothie dan banyak lagi.

• BLIPPI •

Sertai Blippi dan Meekah untuk aktiviti menyeronokkan yang menggalakkan pembelajaran, penemuan dan penerokaan. Gali tulang dino dan terbangkan kapal roket!

• NUMBERBLOCKS •

Main dan belajar bersama Numberblocks untuk menjadikan pembelajaran matematik tahap awal menyeronokkan. Cari blok tersembunyi, kemudian tambahkan semua nombor blok itu untuk membuka kunci kejutan istimewa.

• DR. SEUSS'S HORTON! •

Terokai persekitaran hutan warna-warni yang menggalakkan kreativiti melalui permainan punca dan kesan bersama Horton dan rakan. Cuba main papan luncur dan bola keranjang juga!
Harap maklum bahawa keterangan Keselamatan Data terpakai kepada maklumat yang dikumpul dan digunakan dalam apl ini. Lihat Pernyataan Privasi Netflix untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat yang kami kumpul dan gunakan dalam konteks ini dan selainnya, termasuklah pendaftaran akaun.
Si kecil boleh main & belajar bersama watak kegemaran di dunia warna-warni ini.
Dikemas kini pada
7 Okt 2026

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.
  • Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
    Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
  • Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
    Lokasi, Maklumat peribadi dan 3 yang lain
  • Data disulitkan semasa dalam perjalanan
  • Anda boleh meminta data dipadamkan

Rating dan ulasan

1.87K ulasan