PlantApp dapat mengenal pasti lebih daripada 46,000 tumbuhan dengan ketepatan hampir 95%, malah lebih tepat daripada kebanyakan pakar manusia.
Aplikasi pengecam tumbuhan paling tepat di pasaran, dilengkapi dengan teknologi pengecaman tumbuhan AI yang terkini.
Anda ada terjumpa bunga atau herba tetapi tidak tahu namanya?
Hanya ambil gambar dan gunakan PlantApp untuk kenal pasti dan dapatkan semua maklumat tentang tumbuhan tersebut dengan pantas!
Simpan jurnal perkembangan tumbuhan anda, dan tetapkan peringatan penjagaan supaya tumbuhan anda terus subur dan sihat.
Enjin pengecam tumbuhan kami sentiasa menambah pengetahuan baharu daripada pakar dan mereka yang profesional. Semuanya di hujung jari anda. Hanya imbas dan kenalpasti tumbuhan di sekeliling anda dengan mudah, dan anda akan lebih menghargai keindahan alam semula jadi.
–Ciri-ciri PlantApp–
PENGECAM TUMBUHAN 🌴
Kenal pasti tumbuhan dengan pantas menggunakan aplikasi kami! Pangkalan data kami mengandungi lebih dari 46,000 jenis tumbuhan, termasuk bunga, sukulen, dan pokok. Untuk mengenal pasti tumbuhan, hanya ambil gambar atau muat naik dari galeri anda. Bukan itu sahaja! Ciri pengecam tumbuhan kami bukan hanya terhad untuk tumbuhan. Kami juga menyediakan ciri tambahan seperti pengecam pokok, pengecam bunga, dan pengecam rumpai.
Kami sangat bangga untuk memperkenalkan aplikasi pengecam tumbuhan paling tepat dan hebat di pasaran, lengkap dengan ciri tambahan seperti pengecam pokok, pengecam rumpai, dan pengecam bunga.
PENJAGAAN TUMBUHAN & PENGENALPASTI PENYAKIT 🔍
Kenal pasti penyakit tumbuhan dan rawat dengan cepat.
Ambil gambar untuk mendapatkan diagnosis penyakit. PlantApp dapat membantu mengenal pasti punca penyakit dan mengenalpasti sama ada tumbuhan anda sihat. PlantApp juga dapat memaklumkan kepada anda sekiranya tumbuhan anda memerlukan perhatian khas serta cara menjaganya. Anda akan menerima maklumat lengkap tentang keadaan tumbuhan anda, punca penyakit, rawatan, dan langkah pencegahan.
PANDUAN PENJAGAAN TUMBUHAN🍊
Bayangkan anda baru sahaja menerima tumbuhan berbunga yang cantik sebagai hadiah hari jadi. Namun, selepas beberapa minggu, pokok anda mula menunjukkan tanda tidak sihat. Adakah perkara ini sering berlaku kepada anda? Untuk memastikan tumbuhan anda terus hidup, anda perlu tahu berapa banyak air, cahaya, dan baja yang diperlukan. PlantApp menyimpan semua maklumat ini di satu tempat yang mudah diakses.
Panduan penjagaan tumbuhan sangat penting untuk memastikan tumbuhan anda kekal subur!
KALKULATOR AIR💧
Dapatkan saranan penyiraman yang disesuaikan buat anda, berpandukan jenis tumbuhan dan saiz pasu anda.
NOTA DAN PERINGATAN ⏱
Sering terlupa menyiram tumbuhan anda tepat pada waktunya? Kini tidak lagi! Tetapkan peringatan penjagaan tumbuhan dan terima notifikasi apabila tiba masanya untuk menyiram, membaja, atau menukar pasu. Jika tumbuhan anda mempunyai keperluan khusus, anda juga boleh menetapkan notifikasi khas. Jangan biarkan tumbuhan anda layu tanpa peringatan yang tepat pada masanya.
KOLEKSI TUMBUHAN PERIBADI - TAMAN SAYA 🌺
Cipta taman dan koleksi tumbuhan anda sendiri. Tambahkan tumbuhan hijau di kediaman anda dan mulakan penjagaan dengan penuh yakin, berbekalkan sokongan serta inspirasi yang anda perlukan
ARTIKEL YANG DISYORKAN 📙
Pelajari tentang pelbagai jenis flora di seluruh dunia dengan membaca artikel menarik dari kami setiap hari.
Tahukah anda tumbuhan apakah yang tumbuh paling cepat? Atau bunga manakah yang nilainya pernah lebih tinggi daripada emas? Pengetahuan itu kuasa. Anda akan memiliki kuasa pengetahuan ini melalui penerangan mendalam mengenai tumbuhan serta fakta menarik daripada PlantApp.
Dapatkan aplikasi PlantApp dan mulakan perjalanan anda sebagai pakar alam semula jadi sekarang. Hanya dengan satu ketikan, anda akan memperoleh semua yang anda perlukan!
Emel: info@plantapp.app
Laman Web: https://plantapp.app
Terma penggunaan: https://plantapp.app/terms
Privasi: https://plantapp.app/privacy
Pengecam tumbuhan: Kenal pasti jenis tumbuhan, rumpai, bunga & kesan penyakit.
Dikemas kini pada
14 Okt 2026