Nyanyi, bermain dan temui rakan baharu—semuanya dalam satu parti muzik.
StarMaker Rush menggabungkan permainan parti muzik, karaoke dalam talian dan sembang suara dalam satu komuniti muzik yang meriah. Cabar pemain sebenar dalam permainan seperti Mic Grab, sertai bilik karaoke berbilang mikrofon untuk menyanyi dan bersembang, atau ambil mikrofon dalam bilik mikrofon tunggal dan teruskan kemeriahan. Setiap lagu ialah peluang baharu untuk berseronok, mencari kawan dan mengekspresikan diri anda melalui muzik.
Sertai permainan nyanyian yang pantas dan interaktif seperti Mic Grab. Dengarkan dengan teliti, bertindak dengan pantas dan rebut peluang untuk menyanyi. Sama ada anda bermain dengan rakan atau bertemu pemain baharu, setiap pusingan mneghadirkan momen parti yang baharu.
Terokai pelbagai lagu merentas tema, suasana dan genre. Daripada lagu parti yang bertenaga hingga lagu kegemaran yang santai, temukan lagu yang sesuai untuk setiap bilik dan setiap detik.
Sertai bilik karaoke berbilang mikrofon, ambil mikrofon dan nyanyi bersama secara langsung. Bersembang melalui suara di antara lagu, dengarkan penyanyi lain dan berkenalan dengan rakan yang berkongsi minat terhadap muzik.
Masuk ke bilik mikrofon tunggal dan nikmati persembahan tanpa henti. Nyanyikan lagu kegemaran anda, sokong penyanyi lain, hantar hadiah dan teruskan kemeriahan bilik dengan muzik.
Tampilkan cita rasa muzik, suara dan gaya nyanyian melalui kad identiti muzik peribadi anda. Biarkan setiap lagu, bilik dan interaksi membantu orang lain mengenali pencinta muzik di sebalik suara anda.
Sama ada anda mahu bersaing dalam permainan muzik, menikmati bilik karaoke, bersembang dengan rakan melalui suara atau sekadar mendengar dan menghantar hadiah, StarMaker Rush menjadikan setiap detik sebagai parti muzik.
Nyanyikan lagu anda, bermain dengan cara anda dan temui rakan anda di StarMaker Rush.
Perlukan bantuan menggunakan aplikasi? Hubungi pasukan sokongan kami melalui e-mel: starmakerrush@gmail.com
Aplikasi parti muzik StarMaker. Cari & main rebut mikrofon bersama rakan!
Dikemas kini pada
8 Okt 2026